Monday, November 3, 2008

KOSMO...

Koma empat hari dipatuk tedung selar


Mohd. Faizal yang koma dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang semalam.


KLANG - Anak murid kepada Raja Ular, Mohd. Faizal Andrew Abdullah, 35, koma sejak empat hari lalu selepas dipatuk ular tedung selar ketika berkunjung ke Karnival Deepavali di Taman Sri Muda di sini Sabtu lalu.

Mohd. Faizal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Isterinya, Rohaida Sukar, 30, berkata, Mohd. Faizal dipatuk ular sepanjang kira-kira lima meter, pukul 11.10 malam di tapak karnival.

"Selepas dipatuk, dia (Mohd. Faizal) tak panik dan hanya bertindak mengikat kakinya dengan tali dan mengorek keluar bisa daripada kesan patukan di kaki kanannya sebelum dihantar ke hospital setengah jam kemudian," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dia telah selamat kembali ke rahmatullah

Sewaktu berita ini disiarkan ari jumaat lepas, arwah telah pon kembali ke rahmatullah. Arwah meninggal dunia pada ari Khamis 30.10.2008. Dikebumikan pada malam tu jugak di Tanjung Karang. Aku balik kerja awal petang tu sebab nak ke Tanjung Karang.... tuk bagi penghormatan terakhir. Jenazah dimandikan, dikapankan & disembahyangkan di Hospital. Van jenazah sampai lebih kurang jam 9.00mlm & terus ke tanah perkuburan. En. Apis soh aku tengok dari dalam kereta saja memandangkan keadaan aku yg preggy pulak tu aku bersama ngan AFIQ.

Semoga arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

8 comments:

yong ibu chem said...

Al Fatihah buat arwah...

seriau sgt bila dgr ular-ular ni...

Puan Iza said...

Al-fatihah buat arwah....semoga ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

☆ lieya latif ☆ said...

mcm kes steve irwin - crocodile hunter tu...mati disebabkan minat..... al fatihah

Unknown said...

takziah untuk keluarga arwah.
al fatihah..

Hirda Ibrahim said...

al-fatihah..
aku serius geli dgn ular & spesis2 reptile yg lain

mrs khairul said...

ila takziah dr niza & famili..

actually niza dh terbaca komo tuh last week then tringat entry ila psl p lawat sedara kat HAR kna patuk ular..siap ckp kt hubby g..ni sedara ila afiq..confident jek aku..

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

Al-fatihah...iskkk takut jer ingat ular ni.. depa ader di mana2..tak mcm buaya ader dlm air..buaya darat banyak ler..

Sham Ummi Echa said...

takziah..alfatihah buat arwah..