Thursday, May 7, 2009

IBU

Entry ni benar2 untuk ibu tercinta!!

Aku x tau kenapa arini aku begitu tersentuh + teremosi.... hati aku betul2 sayu & terus teringatkan ibu aku.... Mgkn belum sampai tarikh hari ibu tp aku tetap nak ucap gak & bg aku hari2 adalah hari ibu.... Aku x pernah sedetik pon lupa pada ibu, aku tahu begitu juga pd kengkawan semua kan??

Aku bersyukur ibu masih ada walau bukan disisi @ disebelah aku sekarang. Kadang2 aku rs sayu sangat bila aku x dapat 100% bersama disebelah ibu ku.... aku pasrah bila jodoh datang & tempat seorang isteri adalah disisi suami.... Aku terkenang zaman belajar dulu, ibu begitu setia menemani aku membuat kerja sekolah + assignment hingga lewat malam.... Ibu x kan tido selagi aku belum tido... Ibu lah teman baik yg sering dengar segala masalah aku baik dari segi pelajaran mahupon percintaan aku....

Setelah berumah tangga, kebanyakan masalah disimpan sendiri.... yang mampu menemani tika & saat begini hanyalah air mata.... Tp ibu tetap setia bertanya tentang diri aku tanpa rasa jemu...

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku sedih, gembira, gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ibu
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan Semangatku


Ibu
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia


Ibu
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku


Ibu
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu Yang laksana pepasir di pantai Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku
semasa kecil
hingga ke hari ini
Dan menatap wajahku yang hina ini...


Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi mu

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia Disamping keluarga tercinta...

Ingatlah pada IBU mu...

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku

Ila sayang ibu sangat....sangat....

10 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

lieya tersentuh hati bace coretan ila nie.......

sama2 laa kita hargai ibu kite selagi ade hayat die, kite bahagia kan lah die semampu kite.....

btw, hepi mother's day buat ila sefamily...

Ciklinn said...

arghhh meremang bulu roma kau baca entry ni..terus terkenag2 mak kau kat kg tu... huhuhuhuhuhu

syurga di bwah tapak kaki ibu...

eMMa@iKKa said...

Alamak ila...tiba-tiba teringat plak daku kat mama ku. sedih lah plak..tp mmg mak lah teman kita sampai ke mati. This week mother's day ..bleh lah jumpa mak dan celebrate kan...uhhhh sedih nie...ikka duty on Mother's Day..Btw..Happy Mother's Day to you too:)

p/s..terima tak invitation ikka??

Mimi said...

bergenang airmataku Ila baca entry ni..
Happy Mother's Day to u...

Anonymous said...

tersentuh aku Ila... aku lagi la... x dpt nak ucap Selamat Hari Ibu... sbb mak aku dah xde...huarghh... tetiba sayu la plak ati aku ni....
Happy Mother's Day to u mum

Unknown said...

kita patut bersyukur kerana masih ada ibu.. hargailah dia sementara dia masih ada .. walaupun kita bayar sejuta sekali pun masih tak mampu membayar harga pengorbanan seorang ibu..

Selamat Hari Ibu ILA...

Sham Ummi Echa said...

Happy Mothers Day Ila..

trsentuh hati baca entry ila nih.. sama cam entry as gak.. daku pon ada dpt email pasal nih td.. mmg betul kan.. ibu kita tiada gantinya di dunia nih.. huhuhu daku tiba2 rasa nk nangis nih...

Hirda Ibrahim said...

betui ila,
kita yg masih ada ibu ni patut bersyukur.
now kami adik-beradik will try happykan mak kami. ye la, now br dia nk relax kan? dulu dok jaga kita siang malam...now dh jd ibu br sendiri leh rasa..

mcm aku, aku memang x rapat dgn mak aku time sekolah. memang x sependapat langsung. org kata coz muka kami sama. aku rapat dgn bapak aku.
tapi sejak aku pi kl, sambung study. slowly kami jd rapat till now.
aku bersyukur sgt ila. i can't imagine kalu aku x sempat berbaik balik dgn mak aku. nauzubillah!!

Su Hana said...

sedihnya..moga kita semua akan jd ibu yg tbaik buat anak2... tetiba windu kt mak

Puan Iza said...

Tersentuh lak bila baca entry ila kali nie...tiba2 lak tingat kat mak kat kg walaupun baru blk dari jumpa mak...huhuhu...

Selamat Hari Ibu buat Ila!